10 Khasiat Buah Delima Yang Ramai Tidak Tahu


Buah Delima atau nama lainya Pomegranates, dikenali sebagai buah sihat. Tetapi ramai yang tidak menggemarinya kerana rasanya yang manis kosong. Tetapi tahukah anda bahawa buah merah ini mempunyai banyak khasiat dan kebaikannya.

1. Baik untuk kulit & Anti-radang

Kajian dari Case Western Reserve University mendapati, buah delima mampu memberi kelegaan daripada keadaan radang kronik dan mempunyai kesan anti-penuaan.

2. Baik untuk jantung

Jus delima kaya dengan polifenol. Kajian dari Johns Hopkins University School of Nursing mendapati, ia baik untuk jantung dan membantu mengurangkan tekanan darah.

3. Boleh menurunkan berat badan

Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dalam delima membantu mengurangkan obesiti yang disebabkan oleh diet yang tinggi lemak dan melindungi daripada gangguan metabolik.

4. Melindungi kulit daripada kerosakan

Antioksidan yang kuat dan anti-radang, buah delima membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, menurut kajian dari University of Wisconsin, Madison.

5. Meningkatkan kesihatan seksual

Jus delima juga mampu meningkatkan aliran darah. Kajian mendapati jus delima mampu meningkatkan kesihatan seksual bagi mereka yang mati pucuk.

6. Melindungi hati

Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dan flavonoid, komponen antioksidan utama dari buah delima, mampu menjaga hati dari risiko terjadinya kerosakan hati.

7. Membantu melawan jangkitan

Delima telah diiktiraf untuk kesan antimikrob. Sebagai contoh, serbuk kering daripada kulit buah delima telah terbukti menghalang daripada jangkitan virus.

8. Memudahkan wanita sewaktu bersalin

Kajian dari University of Liverpool mendapati, ekstrak buah delima mempunyai potensi agar rahim mudah mengembang sewaktu bersalin dan tiada masalah untuk melahirkan.

9. Melindungi dari radang sendi & tulang lebih kuat

Saintis Amerika mendapati buah delima membantu mengurangkan artritis teruk dan radang sendi serta membantu menjaga tulang.

10. Menjaga kesihatan otak & menjadi lebih bijak

Kajian oleh University Huddersfield mendapati sebatian polifenol yang ada dalam buah delima, menghalang keradangan dalam sel-sel otak, serta mencegah Alzheimer.
Dikuasakan oleh Blogger.