Resepi Homemade chocolate Bounty Bar


Resepi Homemade Chocolate Bounty Bar

Bahan-bahan:

- 400g coklat.
- Sepeket kelapa kering/parut.
- 1 cawan susu pekat manis.

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled. Biarkan seketika.

2. Gaulkan kelapa dengan susu. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tidak terlalu basah atau terlalu kering. Mudah untuk dibentuk nanti.

3. Ambil sedikit adunan kelapa tadi, gumpalkan berbentuk bar. Kemudian susun atas loyang dan simpan sekejap dalam peti sejuk lebih kurang selama 20 minit.

4. Keluarkan bar dan celup ke dalam coklat cair dan masukkan ke dalam peti sejuk sekali lagi selama 15 minit. Sedia untuk dinikmati.

0 comment... add one now