Awas! Geng Hamper Kembali


Awas! Geng Hamper Kembali

Orang ramai terutamanya wanita dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan pelbagai teknik jenayah samun terutamanya setiap kali menjelang musim perayaan.

Kelicikan penjenayah yang lebih dikenali sebagai "Geng Hamper" ini, memperdaya mangsa terutamanya kanak-kanak, suri rumah dan pembantu rumah dengan memberikan "hamper raya" sebelum menyamun rumah mangsa.

Modus Operandi (M.O):

- Suspek akan berpura-pura menghantar hamper ke rumah sebelum memasuki rumah mangsa untuk merompak.

- Suspek akan memperkenalkan diri mereka sebagai saudara jauh, sahabat lama kepada bapa/suami/majikan mangsa untuk meyakinkan mangsa agar membuka pagar/pintu rumah bagi menerima hamper yang dibawa.

- Mangsa yang terpedaya akan membuka pagar/pintu rumah sebelum suspek memegang dan mengugut mangsa menggunakan senjata sebelum merompak.

Nasihat Polis:

- Sentiasa berhati-hati dengan mana-mana individu yang tidak dikenali walaupun ketika berada di dalam rumah.

- Kanak-kanak dinasihatkan supaya tidak sesekali membenarkan mana-mana individu yang tidak dikenali memasuki/menghantar barang ke dalam rumah anda tanpa pengawasan dan kebenaran dari kedua orang tua/penjaga.

- Hubungi segera bapa/suami/majikan jika menerima kehadiran individu-individu yang tidak dikenali tadi ke dalam rumah anda untuk membuat pengesahan.

- Hubungi pihak polis dengan kadar segera jika adanya individu-individu yang boleh mendatangkan bahaya di luar rumah anda.

0 comment... add one now