Resepi Biskut Almond London


Resepi Biskut Almond London

Biskut Almond London adalah antara biskut moden yang menjadi kesukaan ramai terutamanya pada hari raya.

Resepi Almond London

Bahan-bahan:

250gram mentega
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur
Badam biji dipanggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

Cara Membuat:

1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul hingga rata.
2. Masukkan nestum, tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3. Ambil sedikit doh, isi badam dan bentukkan bujur atau bulat mengikut citarasa anda.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
5. Masak coklat masakan, masukkan sedikt minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat. Kaedah double boiler boleh digunakan.
6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji-sebiji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.

0 comment... add one now