Biodata Dr Rozaimi Ramle


Biodata Dr Rozaimi Ramle - Siapa sebenarnya Dr. Rozaimi Ramle? Adakah anda mengenali Dr. Rozaimi Ramle, seorang pendakwah dan juga pensyarah? Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai latar belakang Dr. Rozaimi Ramle yang juga pakar dalam bidang hadis.


Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle lahir pada 22 Jun 1983. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh dan telah menduduki peperiksaan SPM di sana pada tahun 2000.

Berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu'tah, Jordan.

Bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006.

Berkhidmat di Majlis Agama Islam Perak sebagai pegawai zakat pada tahun 2007.

Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI.

Telah menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008, ditaja oleh UPSI.

Seterusnya telah menyambung pengajian peringkat PhD di University of Jordan pada tahun 2011 dibawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014.

Dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015.

0 comment... add one now