Biodata Dr MAZA Mufti Negeri Perlis


Biodata Dr MAZA Mufti Negeri Perlis

YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza ialah seorang profesor madya fakulti pengajian islam di Universiti Sains Malaysia (USM), bekas Mufti Perlis dan dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada tahun 2015. Beliau juga kolumnis Minda Dr. Maza atau "Pena Mufti" dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Biodata Dr MAZA

Sahibus Samahah Yang Berbahagia Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilahirkan pada 1 Januari 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Selepas melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia, beliau bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian, beliau dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis secara pinjaman.

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
  • B.A (Hons.) Bahasa Arab dan Syariah, University of Jordan
  • M.A, Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah)
  • Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh)
  • Ijazah Hadis: Mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India

Jawatan


  • Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Mufti Kerajaan Negeri Perlis
  • Pensyarah USM, Prof Madya Bahagian Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith
  • Fellow OICS, University of Oxford (2011-2012)
  • Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)


Anugerah


  • Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (SSP)
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1429H.
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Universiti Sains Malaysia (USM)
Dikuasakan oleh Blogger.