Biodata Niena Baharun Pelakon Drama Sayangku Kapten Mukhriz


Biodata Niena Baharun Pelakon Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Nama Niena Baharun sudah menjadi sebutan ramai terutamanya peminat drama Malaysia. Siapakah sebenarnya Niena Baharun ni? Niena Baharun merupakan pelakon utama drama Sayangku Kapten Mukhriz yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3. Sayangku Kapten Mukhriz adalah drama adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Anugerah Terindah karya Sophilea.

Drama Sayangku Kapten Mukhriz mula ditayangkan pada 13 Julai 2016 di slot Akasia TV3, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang.

Berikut adalah biodata penuh Niena Baharun.


Nama Penuh : Amaniena Baharun
Nama Komersial : Niena Baharun
Tarikh Lahir : 14 April 1993
Umur : 23 Tahun (2016)
Pendidikan : Kuala Lumpur Insfrastructure University College (KLIUC) dalam jurusan kejuruteraan awam
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Adik-beradik : Anak kedua daripada empat adik-beradik
Kerjaya : Model dan Pelakon
Drama : Demi Dia (2013), Rindu Awak 200% (2014), Hati Perempuan (2015), Cinta Teruna Kimchi (2016) dan Sayangku Kapten Mukhriz (2016).
Dikuasakan oleh Blogger.