Cara Ringkas Solat Jenazah


Cara Ringkas Solat Jenazah

Solat jenazah adalah solat untuk orang Islam yang telah meninggal dunia yang dijalankan sebelum pengebumian selepas dikafankan. Solat jenazah dilakukan secara berjemaah untuk meminta ampun dan mendoakan si mati.

Terdapat hadis Rasulullah tentang fadhilat menyembahyangkan jenazah beramai-ramai iaitu;

Dari Abdullah bin Anas RA, katanya; aku ada mendengar Rasulullah SAW, bersabda mana-mana orang Islam (lelaki atau perempuan) yang mati lalu disembahyangkan jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka mengenainya.

Cara Ringkas Solat Jenazah

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" dan niat dalam hati:
- "Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala".
- Jadi makmun? tambah "sebagai makmun kerana Allah Ta'ala".
- Baca surah Al-Fatihah.

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
- Baca: "Allahuma solli a'ala Muhammad wa a'la ali Muhammad" (pendek pun tak apa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir).

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakbar"
- Baca doa (pendek pun tak apa, panjang lagi bagus) contohnya:
- "Allahummargh firlahu warhamhu" (untuk mayat lelaki).
- "Allahummargh firlahu warhamha" (untuk mayat perempuan).
- Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Angkat Takbir Keempat "Allahuakbar"
- Beri salam: "Assalamualaikum warahmatullah".
- Selesai.
Dikuasakan oleh Blogger.