Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2016


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2016

Jadual waktu peperiksaan UPSR bagi tahun 2016 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan berlangsung selama lima hari iaitu pada 1, 5, 6, 7, dan 8 September 2016.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

Berikut adalah jadual bertulis peperiksaan UPSR 2016.

Khamis, 1 September 2016

Bahasa Cina Pemahaman / Bahasa Tamil Pemahaman - 08:15 pagi hingga 09:30 pagi.
Bahasa Cina Penulisan / Bahasa Tamil Penulisan - 10:45 hingga 12:00 tengah hari.


Isnin, 5 September 2016

Bahasa Melayu Pemahaman - 08;15 pagi hingga 09:30 pagi.
Bahasa Melayu Penulisan - 10:45 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Selasa, 6 September 2016

Bahasa Inggeris Pemahaman - 08:15 pagi hingga 09:30 pagi.
Bahasa Inggeris Penulisan - 10:45 pagi hingga 12:00 tengah hari.


Rabu, 7 September 2016

Matematik Kertas 1 - 08:15 pagi hingga 9:15 pagi.
Matematik Kertas 2 - 10:45 pagi hingga 11:45 pagi.

Khamis, 8 September 2016

Sains Kertas 1 - 08:15 pagi hingga 9:15 pagi
Sains Kertas 2 - 10:45 pagi hingga 11:45 pagi.

1 comment... add one now

Afif Rayyan Afif Rayyan August 02, 2016
Tq admin kongsi jadual nie