Senarai Pangkat Dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)


Senarai Pangkat Dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia adalah merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan maritim di Malaysia. Selain dari itu, tugasan penting APMM ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

APMM ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal pantai nasional. Penubuhannya diluluskan kabinet pada 21 Ogos 2002. Pada 15 Februari 2005 Akta APMM (Akta 633) mula berkuatkuasa dan APMM memulakan operasi pada 30 October 2005.

Bagi memudahkan kawalan dan pemantauan, kawasan maritim di Malaysia dibahagikan kepada lima wilayah dan setiap satu mengandungi tiga hingga lima daerah maritim.

Berikut adalah senarai pangkat yang terdapat di dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pegawai APMM

Laksamana Martitim

Laksamana Madya Maritim

Laksamana Muda Maritim

Laksamana Pertama Maritim

Kapten Maritim

Komander Maritim

Leftenan Komander Maritim

Leftenan Maritim

Leftenan Madya Maritim

Leftenan Muda Maritim

Lain-Lain Pangkat

Pegawai Waran I Maritim

Pegawai Waran II Maritim

Bintara Kanan Maritim

Bintara Muda Maritim

Laskar Kanan Maritim

Laskar Kelas I Maritim

Laskar Kelas II Maritim
Dikuasakan oleh Blogger.