Senarai Peserta Da'i Pendakwah Nusantara (2016) TV3


Senarai Peserta Da'i Pendakwah Nusantara (2016) TV3

Program realiti agama Da'i kembali lagi untuk musim keempat pada tahun 2016. Program Da'i Pendakwah Nusantara 2016 bermula pada 24 Julai 2016, setiap Ahad, jam 9.00 hingga 10.30 malam di TV3.

Da'i adalah program realiti agama dalam mencari dan memupuk menjadi seorang Da'i (pendakwah muda) yang berkarisma. Mereka akan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam penyampaian mereka untuk berhubung dengan golongan muda. Para peserta akan dinilai oleh para juri profesional, murabbi, serta juri awam. Kesemua peserta akan ditunjuk ajar oleh Murabbi dan Mursyid.

Mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta dan akan dibimbing oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah. Kesemua peserta akan dinilai secara individu oleh dua juri tetap profesional iaitu Ustaz Dr. Izhar Arif dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud yang merangkumi 70%, 20% daripada Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah dan 10% daripada juri awam.


Da'i Pendakwah Nusantara Musim Ke-4 membariskan 11 peserta yang akan berentap untuk merebut gelaran juara. Berikut adalah senarai peserta untuk musim ini.

1. Da'i Saiful

2. Da'i Niezal

3. Da'i Azrin

4. Da'i Nasrul

5. Da'i Syed

6. Da'i Ahmed

7. Da'i Irfan

8. Da'i Daeng

9. Da'i Hazman

10. Da'i Aini

11. Da'i Aishah
Dikuasakan oleh Blogger.