Sinopsis Drama Lara Terindah (Akasia TV3)


Sinopsis Drama Lara Terindah (Akasia TV3)

Drama Lara Terindah adalah merupakan drama terbaru yang ditayangkan di saluran TV3 menerusi slot Akasia. Drama terbitan Orangtree Production arahan Azmi Hata ini menampilkan Nazrief Nazri dan Nelydia Senrose sebagai tunjang utama. Turut membintangi drama Lara Terindah adalah Hafeez Mikail, Ika Nabila, Nonny Nadirah, Bill Azali dan ramai lagi.

Drama Lara Terindah mula ditayangkan pada 31 Ogos 2016. Drama 14 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di slot Akasia TV3.


Sinopsis Lara Terindah

Mengisahkan Razlan (Nazrief Nazri) yang bersikap prejudis terhadap kaum wanita. Dia sering melayan wanita dengan begitu teruk dan kasar. Razlan menganggap semua wanita teruk. Misinya adalah untuk menjatuhkan Elena (Nelydia Senrose) kerana dia merasakan Elena adalah punca dia terlepas satu projek besar apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan. Niat untuk menjatuhkan Elena tidak berjaya apabila dia mula menaruh hati terhadap Elena.

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini saksikan drama Lara Terindah bermula 31 Ogos di slot Akasia TV3.
Dikuasakan oleh Blogger.