Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Sistem Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membolehkan anda membuat semakan status anda sebagai pemilih. Adakah anda telah mendaftar sebagai pemilih? Jika belum mendaftar lagi daftarlah dengan segera supaya dapat mengundi pada pilihan raya akan datang nanti.

Bagi anda yang telah mendaftar sebagai pemilih dan ingin membuat semakan lokasi tempat Daerah Mengundi, Dun dan Parlimen anda, sila buat semakan daftar pemilih mengikut cara berikut:


Semakan Daftar Pemilih Secara Online

1. Semakan Daftar Pemilih SPR. Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa "-" atau "space").

Semakan Secara SMS

1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No. IC (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

Panggilan ke Call Center

No: 03-8892 7000

Cara Membuat Pendaftaran Pemilih

Anda layak mendaftar sebagai pengundi dengan membuat pendaftaran pemilih dengan syarat anda memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sudah mencapai umur 21 tahun
  • Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa


Pusat Pendaftaran

a) Ibu Pejabat SPR Malaysia

Aras G, Menara SPR
No. 2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Tel: 03-88927000

b) Pejabat Pilihan Raya Negeri
c) Pejabat Pos
d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
e) Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri Sila klik
f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Cara Untuk Mendaftar

Pemilih Biasa

  • Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
  • Datang sendiri ke mana-mana pusat pendaftaran;
  • Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
  • Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.


Pengundi Tidak Hadir

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM.
Untuk daftar sebagai PTH, anda perlu:

  • Menghubungi petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
  • Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  • Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  • Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.


Nota:

Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan pusat mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  • Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
  • Serahkan MyKad atau passport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  • Nyatakan alamat tempat tinggal di luar negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda;
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  • Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan;
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

0 comment... add one now