Senarai Pangkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia


Senarai Pangkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan sebuah agensi bomba dan penyelamat di Malaysia. Perkataan "bomba" dalam bahasa Melayu diambil daripada perkataan Portugis iaitu "bombeiros". Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 orang anggota.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan bomba dan penyelamat di negeri-negeri persekutuan pada 1 Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Diikuti Perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah dan Sarawak. Mulai pada saat itu, organisasi ini dikenali secara rasmi sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia (JPBM). Kemudian nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Sesebuah jabatan bomba lazimnya mempunyai fungsi asas untuk memandam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran serta menyelamatkan nyawa, premis dan harta benda daripada musnah akibat kebakaran. Di Malaysia, fungsi bomba adalah tertakluk di bawah Seksyen 5(1) & (2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Pangkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu Penguasa Bomba, Penolong Penguasa Bomba, dan Pegawai Bomba. Kumpulan Penguasa Bomba bermula dari pangkat Penguasa Bomba hingga ke Ketua Pesuruhjaya Bomba. Kumpulan Penolong Penguasa Bomba dari pangkat Penolong Penguasa Bomba hingga ke Timbalan Penguasa Bomba. Manakala bagi kumpulan Pegawai Bomba pula dari pangkat Pegawai Bomba hingga ke Pegawai Bomba Tinggi. Berikut adalah senarai pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

A. PENGUASA BOMBA

BIL  JAWATAN / GRED  TANDA PANGKAT
  DI BAHU  DI KOLAR
 1
KETUA PESURUHJAYA BOMBA
Chief Fire Commissioner
 ( KPjB )
JUSA " A "
  
 2
PESURUHJAYA BOMBA
Fire Commissioner
 ( PjB )
JUSA " B "
 3
TIMBALAN PESURUHJAYA BOMBA
Deputy Fire Commissioner
 ( TPjB )
JUSA " C "
 4
PENOLONG KANAN PESURUHJAYA BOMBA
Senior Assistant Fire Commissioner
 ( PKPjB )
KB 54
 5
PENOLONG PESURUHJAYA BOMBA
Assistant Fire Commissioner
 ( PPjB )
KB 52
 6
PENGUASA KANAN BOMBA I
Senior Fire Superintendent I
 ( PgKB I )
KB 48
 7
PENGUASA KANAN BOMBA II
Senior Fire Superintendent II
 ( PgKB II )
KB 44
 
 8
PENGUASA BOMBA
Fire Superintendent
 ( PgB )
KB 41
 

B. PENOLONG PENGUASA BOMBA

BIL  JAWATAN / GRED  TANDA PANGKAT
  DI BAHU  DI KOLAR
 1
TIMBALAN PENGUASA BOMBA
Deputy Fire Superintendent
 ( TPgB )
KB 38
  
 2
PENOLONG KANAN PENGUASA BOMBA
Senior Assistant Fire Superintendent
 ( PKPgB )
KB 32
 3
PENOLONG PENGUASA BOMBA
Assistant Fire Superintendent
 ( PPgB )
KB 29

C. PEGAWAI BOMBA

BIL  JAWATAN / GRED  TANDA PANGKAT
  DI BAHU  DI KOLAR
 1
PEGAWAI BOMBA TINGGI
Leading Fire Officer
 ( PBT )
KB26
  
 2
PEGAWAI BOMBA KANAN I
Senior Fire Officer I
 ( PBK I )
KB24
 3
PEGAWAI BOMBA KANAN II
Senior Fire Officer II
 ( PBK II )
KB 22
 4
PEGAWAI BOMBA
Fire Officer
 ( PB )
KB19

Dikuasakan oleh Blogger.