Senarai Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM)


Senarai Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM)

Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai dan Lain-lain Pangkat. Pangkat Pegawai Tentera Darat Malaysia pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti Pemerintah Tertinggi (Fil Marsyal), Pegawai Tinggi (Brigedier Jeneral hingga Jeneral), Pegawai Kanan (Mejar hingga Kolonel), Pegawai Muda (Leftenan Muda hingga Kapten), dan Pegawai Kadet.

Fil Marsyal merupakan pangkat tertinggi di dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia. Pangkat Fil Marsyal dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah menjadi Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera layak memegang pangkat tertinggi bertaraf lima bintang dalam Tentera Darat Malaysia ini.

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Darat Malaysia ialah Panglima Tentera Darat (PTD) yang berpangkat Jeneral. Jeneral ialah pangkat Tentera Darat Malaysia yang mempunyai empat bintang dan ianya setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain seperti Jeneral dan Laksamana.

Bagi kumpulan Lain-lain Pangkat pula seperti Pegawai Waran (Pegawai Waran I dan Pegawai Waran II), dan Pegawai Tanpa Tauliah (Rekrut hingga Staff Sarjan). Berikut adalah senarai pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM).

PEGAWAI

Fil Marsyal

Jeneral

Leftenan Jeneral

Mejar Jeneral

Brigedier Jeneral

Kolonel

Leftenan Kolonel

Mejar

Kapten

Leftenan

Leftenan Muda

Pegawai Kadet
(Tiada)

LAIN-LAIN PANGKAT

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Staff Sarjan

Sarjan

Koperal

Lans Koperal

Prebet
(Tiada)

Rekrut
(Tiada)
Dikuasakan oleh Blogger.