Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You (Astro)


Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You (Astro)

Drama Abang Bomba I Love You merupakan drama adaptasi dari novel Abang Bomba I Love You karya Mia Kiff Azlisha. Drama Abang Bomba I Love You mula ditayangkan pada 12 September 2016 di saluran Astro Ria. Drama 16 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh MP Roslin.

Abang Bomba I Love You menampilkan gandingan baru Hisyam Hamid dan Amira Othman sebagai tunjang utama dan turut dibantu ramai lagi pelakon lain. Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria.

Sinopsis Abang Bomba I Love You

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superhero dalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Iily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkenalana di bumi asing? Adakah kepulangnya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya? Apakah kesudahannya? Saksikan drama Abang Bomba I Love You.
Dikuasakan oleh Blogger.