Bendera Dan Jata Negeri-Negeri Di Malaysia


Bendera Dan Jata Negeri-Negeri Di Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Tiga belas negeri tersebut ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu manakala tiga wilayah persekutuan pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ibu negara bagi Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala pusat pentadbiran pula terletak di Putrajaya. Manakala ibu negeri bagi 13 negeri di Malaysia iaitu Johor (Johor Bharu), Kedah (Alor Setar), Kelantan (Kota Bharu), Melaka (Bandar Melaka), Negeri Sembilan (Seremban), Pahang (Kuantan), Perak (Ipoh), Perlis (Kangar), Pulau Pinang (Georgetown), Sabah (Kota Kinabalu), Sarawak (Kuching), Selangor (Shah Alam), dan Terengganu (Kuala Terengganu).

Negeri-Negeri Di Malaysia

1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Perak
8. Perlis
9. Pulau Pinang
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu

Wilayah Persekutuan

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Wilayah Persekutuan Labuan
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir oleh kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan terdiri daripada 3 bahagian iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa manakala Putrajaya merupakan pusat Pentadbiran Persekutuan.

Bendera Dan Jata Negara Malaysia

Negeri-Negeri Di Malaysia

1. Johor Darul Takzim
Bendera Dan Jata Negeri Johor

2. Kedah Darul Aman
Bendera Dan Jata Negeri Kedah

3. Kelantan Darul Naim
Bendera Dan Jata Negeri Kelantan

4. Melaka Bandaraya Bersejarah
Bendera Dan Jata Negeri Melaka

5. Negeri Sembilan Darul Khusus
Bendera Dan Jata Negeri Sembilan

6. Pahang Darul Makmur
Bendera Dan Jata Negeri Pahang

7. Perak Darul Ridzuan
Bendera Dan Jata Negeri Perak

8. Perlis Indera Kayangan
Bendera Dan Jata Negeri Perlis

9. Pulau Pinang Pulau Mutiara
Bendera Dan Jata Negeri Pulau Pinang

10. Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Bendera Dan Jata Negeri Sabah

11. Sarawak Bumi Kenyalang
Bendera Dan Jata Negeri Sarawak

12. Selangor Darul Ehsan
Bendera Dan Jata Negeri Selangor

13. Terengganu Darul Iman
Bendera Dan Jata Negeri Terengganu

Wilayah Persekutuan
Bendera Rasmi Wilayah Persekutuan

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Wilayah Persekutuan Labuan
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

3. Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya
Dikuasakan oleh Blogger.