Permohonan Kemasukan Ke IKBN (ILKBS)


Permohonan Kemasukan Ke IKBN (ILKBS)

Bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat di dalam bidang kemahiran merangkumi sektor perindustrian. Anda dipelawa untuk membuat permohonan kemasukan bagi mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan di Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan sesi pengambilan Januari 2017.

Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) merangkumi Institut Belia dan Sukan (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Latihan yang dijalankan di ILKBS adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaannya merangkumi latihan kemahiran iaitu teori dan praktikal.

Permohonan kemasukan ke ILKBS pengambilan Januari 2017 telah dibuka mulai 29 September sehingga 04 November 2017. Permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) boleh dibuat secara online, pemohon boleh membuat permohonan melalui Sistem eKAMPUS.

Daftar Sebagai Pemohon

1. Layari Sistem eKAMPUS
2. Di hagian menu atas, klik pautan Daftar Sebagai Pemohon.
3. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran dan klik butang Daftar.
4. Setelah pendaftaran berjaya, pemohon boleh log masuk ke dalam Sistem eKAMPUS.

Log Masuk Ke Dalam Sistem eKAMPUS

1. Layari Sistem eKAMPUS, di bahagian menu atas, klik pautan Log Masuk.
2. Skrin Log Masuk Pengguna akan dipaparkan.
3. Masukkan No. KP Pemohon dan kata laluan yang telah didaftarkan.
4. Klik butang Log Masuk.
5. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk log masuk, rujuk bahagian Bantuan/Soalan Lazim dibawah yang mungkin boleh membantu anda.

Permohonan Baru

1. Di bahagian menu atas, klik pautan Menu, dan dalam submenu Permohonan Baru, klik menu Program Lepasan SPM/SKM/ST.
2. Pilih sesi pengambilan 201701, dan dalam ruangan Tindakan, klik pautan POHON.
3. Dalam tab Profil, isi maklumat profil pemohon. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
4. Dalam tab Alamat, isi maklumat alamat. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
5. Dalam tab Akademik, masukkan maklumat akademik. Bahagian Akademik ini bergantung samada anda pilih Lepasan SPM atau Lepasan SKM dalam ruangan Status Pemohon semasa mengisi bahagian Profil. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
6. Dalam tab Kursus, masukkan pilihan Kursus pertama, kedua dan ketiga.
7. Semak dan pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul sebelum klik butang Hantar Permohonan.
8. Apabila kembali ke skrin Sesi Pengambilan, dalam ruangan Tindakan, status permohonan PERMOHONAN DITERIMA dipaparkan.
9. Pemohon boleh klik pada pautan PERMOHONAN DITERIMA dan dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sehingga tarikh permohonan ditutup.

Untuk bantuan dan keterangan lanjut sila hubungi 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690

0 comment... add one now