Senarai Institut Kemahiran MARA (IKM) Dan Program Yang Ditawarkan


Senarai Institut Kemahiran MARA (IKM) Dan Program Yang Ditawarkan

Institut Kemhiaran Mara (IKM) adalah salah sebuah institut pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia.

Institut Kemahiran MARA (IKM) diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.

Pelaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan di IKM di seluruh negara. IKM memberi peluang kepada remaja dan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan, mendapatkan kelulusan dan kemahiran untuk melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat swasta.

Senarai Institut Kemahiran MARA (IKM)

IKM Kuala Lumpur
IKM Jasin
IKM Johor Bharu
IKM Lumut
IKM Sungai Petani
IKM Sik
IKM Alor Setar
IKM Beseri
IKM TYSA Pekan
IKM Besut
IKM Bintulu
IKM Kuching
IKM Kota Kinabalu
Dikuasakan oleh Blogger.