Senarai Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Dan Program Yang Ditawarkan


Senarai Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Dan Program Yang Ditawarkan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) adalah salah sebuah institut pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.

Pelaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan di KKTM di seluruh negara. KKTM bukan sahaja merupakan salah satu aliran pilihan secara langsung bagi pelajar-pelajar yang tamat SPM atau SPM(V) tetapi juga memberi peluang pelatih lepasan IKM untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma.

Senarai Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)

KKTM Petaling Jaya
KKTM Beranang
KKTM Rembau
KKTM Masjid Tanah
KKTM Ledang
KKTM Sri Gading
KKTM Lenggong
KKTM Balik Pulau
KKTM Kuantan
KKTM Kemaman
KKTM Pasir Mas
MARA Japan Industrial Institute
Dikuasakan oleh Blogger.