Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017


Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 21 Oktober lalu. Kakitangan kerajaan akan menerima RM500 sebagai bayaran khas manakala pesara kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM250.

Pemberian khas kepada kakitangan kerajaan melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara kerajaan. Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran bonus bagi kakitangan awam dan bayaran untuk pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2017.

Jumlah Bayaran Khas

Kakitangan Awam - RM500
Pesara Kerajaan - RM250

Tarikh Pembayaran - Awal Januari 2017

Petikan ucapan Perdana Menteri ketika mengumumkan pemberian bayaran khas ketika pembentangan Bajet 2017.

Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik. Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.

0 comment... add one now