Tonton Drama Umairah (Samarinda TV3)


Tonton Drama Umairah (Samarinda TV3)

Tonton drama Umairah drama terbaru slot Samarinda TV3 menggantikan drama Patahnya Sebelah Sayap. Drama 15 episod terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini diarahkan oleh Along Kamaludin. Umairah menampilkan Lufya Omar sebagai Puteri Nur Umairah dan Amar Asyraf sebagai Shahrizal selaku tunjang utama.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama Umairah adalah Shah Iskandar, Octovia Manrose, Shiqin Kamal, Rahim Jailani, Shajiry, Dilla Ahmad, Anne Abdullah, Shah Sulaiman, Baby Sofea dan ramai lagi. Drama Umairah mula disiarkan pada 25 Oktober 2016, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di saluran TV3.

Sinopsis Drama Umairah

Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita yang bernama Puteri Nur Umairah Dato' Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato' Amir yang juga pemilik pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina.

Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato' Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma. Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal sebenarnya?

Jangan lupa saksikan drama Umairah di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam untuk mengetahui kesudahannya.

0 comment... add one now