Ketahui Tanda Pangkat Tentera Korea Selatan


Ketahui Tanda Pangkat Tentera Korea Selatan

Adakah anda peminat tegar drama Korea dan sering menonton drama Korea seperti Descendants of the Sun dan lain-lain? Drama 16 episod iaitu Descendants of the Sun lakonan Song Jong ki dan Song Hye Kyo yang berkisar tentang kehidupan tentera dan doktor telah pun tamat tayangannya pada bulan April 2016 lepas.

Dalam drama Descendant of the Sun, Song Jong Ki memegang watak sebagai Yoo Si Jin, ketua pasukan Alpha Team, unit elit pasukan khas Korea Selatan. Song Hye Kyo pula memegang watak sebagai Kang Mo Yeon, seorang doktor pakar kardiotorasik yang bekerja di Hospital Haesung. Manakala Jin Goo memegang watak sebagai Seo Dae Young, anggota pasukan Alpha Team. Dan Kim Ji Won memegang watak sebagai Yoon Myeong Joo, graduan Akademi Tentera Korea yang juga anak perempuan kepada Lieutenant General Yoon, Komander Briged Pasukan Khas Korea Selatan.


Bagi anda yang menonton drama Descendants of the Sun sudah pasti anda melihat tanda pangkat pada beret dan pakaian seragam yang dipakai oleh Yoo Si Jin, Seo Dae Young, Yoon Myeong Joo dan yang lain-lain. Adakah anda mengetahui tanda pangkat tentera yang terpapar pada pakaian seragam mereka? Ketahui tanda pangkat yang dipakai oleh mereka sekaligus dapat anda kenali tanda pangkat tentera Korea Selatan.


Ketua pasukan Alpha Team, Yoo Si Jin yang berpangkat Captain mengenakan pakaian seragam dengan lambang 3 berlian di atas bunga Mugunghwa. Lambang 3 berlian di atas bunga Mugunghwa adalah tanda pangkat bagi Captain. Captain adalah pangkat kelas pegawai, lebih tinggi dari First Lieutenant dan bawah pada Major. Pada episod akhir Captain Yoo Si Jin kemudian dinaikkan pangkat kepada Major.


Anak kepada Lieutenant General Yoon, Yoon Myeong Joo yang berpangkat First Lieutenant kelihatan memakai beret dan pakaian seragam tentera dengan lambang 2 berlian di atas bunga Mugunghwa. Lambang 2 berlian di atas bunga Mugunghwa adalah tanda pangkat bagi First Lieutenant. First Lieutenant adalah pangkat kelas pegawai, lebih tinggi dari Second Lieutenant dan bawah pada Captain.


Anggota pasukan Alpha Team, Seo Dae Young yang berpangkat Master Sergeant memakai pakaian seragam dengan lambang seperti huruf 'V' 3 baris di atas bunga Mugunghwa. Lambang seperti huruf 'V' 3 baris di atas bunga Mugunghwa adalah tanda pangkat bagi Master Sergeant. Master Sergeant adalah pangkat pegawai tanpa tauliah, lebih tinggi dari First Class Sergeant dan bawah pada Sergeant Major.


Captain Yoo Si Jin

First Lieutenant Yoon Myeong Joo

Master Sergeant Seo Dae Young


Jika diperhatikan betul-betul pada tanda pangkat tentera Korea Selatan bermula dari pangkat Staff Sergeant sehinggalah ke pangkat General terdapat lambang bunga Mugunghwa pada tanda pangkat tersebut, kedudukannya paling bawah. Berikut adalah susunan tanda pangkat dalam tentera Korea Selatan yang dapat dilihat pada beret dan pakaian seragam para tentera Korea Selatan seperti yang dipaparkan dalam drama Descendants of the Sun.

General

Lieutenant General

Major General

Brigadier General

Colonel

Lieutenant Colonel

Major

Captain

1st Lieutenant

2nd Lieutenant

Sergeant Major

Master Sergeant

Sergeant First Class

Staff Sergeant

Sergeant

Corporal

Private First Class

Private

Dikuasakan oleh Blogger.