Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa


Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa

Ibu Bapa atau penjaga kepada pelajar kini boleh membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara online. Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA. Sistem ini akan memaparkan keputusan serta markah peperiksaan pelajar.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS diwujudkan oleh Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak.

SAPS menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah pula ia menyediakan semakan untuk tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini selesai dikemaskini.

Cara Untuk Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat semakan SAPS Ibu Bapa:

1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
2. Klik Semakan Ibu Bapa
3. Masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
4. Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
5. Seterusnya Pilih Tahun (2011 hingga 2016)
6. Masukkan Kod Pengesahan yang tertera
7. Klik butang Semak
Dikuasakan oleh Blogger.