Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online Dan SMS


Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online Dan SMS

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) keputusan peperiksaan UPSR 2016 akan diumumkan pada hari Khamis, 17 November 2016. Pada tahun ini, seramai 452,721 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Calon perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan UPSR mereka. Slip keputusan boleh diambil bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan UPSR 2016 diumumkan. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS.

Semakan Secara SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2016 melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS ke 15888.

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh : UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan ini akan diaktifkan pada bermula 10.00 pagi, 17 November 2016 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 November 2016.


Semakan Secara Online

Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Semakan keputusan menerusi sistem ini hanya akan memaparkan ringkasan keputusan.

1. Klik SPPAT
2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan.

0 comment... add one now