25 Nama Nabi Dan Rasul Yang Wajib Diketahui


25 Nama Nabi Dan Rasul Yang Wajib Diketahui

Terdapat 25 nama nabi dan rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam. Tidak diketahui berapakah jumlah sebenar para nabi tetapi ianya dianggarkan lebih kurang 124.000 orang manakala rasul pula dianggarkan berjumlah 315 orang. Memadailah bagi kita sebagai umat Islam hanya mengetahui 25 nama nabi dan rasul sahaja.

Nabi merujuk kepada seseorang yang diberikan wahyu oleh Allah sebagai panduan hidup, manakala rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.

Nabi Adam a.s merupakan nabi dan juga manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Nabi Muhammad s.a.w adalah penghulu segala nabi dan rasul juga sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w maka tiada lagi nabi dan rasul selepas itu.

Ulul Azmi

Di antara 25 rasul terdapat 5 orang rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi. Gelaran Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyampaikan risalah Allah. 5 orang rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi ialah:

1. Nabi Nuh a.s
2. Nabi Ibrahim a.s
3. Nabi Musa a.s
4. Nabi Isa a.s
5. Nabi Muhammad s.a.w

Kitab

Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Kitab yang terakhir adalah Al-Quran, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu dan tidak lagi menjadi naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab terdahulu.

1. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s
2. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s
3. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s
4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

Berikut adalah 25 nama para nabi dan rasul yang wajib diketahui oleh orang Islam.

1. Nabi Adam a.s
2. Nabi Idris a.s
3. Nabi Nuh a.s
4. Nabi Hud a.s
5. Nabi Saleh a.s
6. Nabi Ibrahim a.s
7. Nabi Luth a.s
8. Nabi Ismail a.s
9. Nabi Ishaq a.s
10. Nabi Ya'akub a.s
11. Nabi Yusuf a.s
12. Nabi Ayub a.s
13. Nabi Syu'aib a.s
14. Nabi Musa a.s
15. Nabi Harun a.s
16. Nabi Zulkifli a.s
17. Nabi Daud a.s
18. Nabi Sulaiman a.s
19. Nabi Ilyas a.s
20. Nabi Ilyasa a.s
21. Nabi Yunus a.s
22. Nabi Zakaria a.s
23. Nabi Yahya a.s
24. Nabi Isa a.s
25. Nabi Muhammad s.a.w
Dikuasakan oleh Blogger.