Bendera Isyarat Maritim Antarabangsa


Bendera Isyarat Maritim Antarabangsa

Bendera Isyarat Maritim Antarabangsa atau bendera kapal adalah bendera yang digunakan oleh kapal di dalam dunia maritim atau pelayaran. Bendera Isyarat Maritim Antarabangsa digunakan bertujuan untuk memberi isyarat. Salah satu isyarat yang digunakan oleh kapal adalah dengan menggunakan bendera.

Sistem Bendera Isyarat Maritim Antarabangsa adalah mengikut abjad huruf bermula dari A sehinggalah ke Z. Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus pelayaran sudah pasti mengenali bendera-bendera tersebut. Penting bagi setiap pelaut mengenali setiap bendera tersebut lebih-lebih lagi bagi pelaut yang bekerja di bahagian dek.

Setiap bendera mempunyai maksudnya yang tersendiri sebagai contoh "bendera A" iaitu Alfa, apabila bendera Alfa dikibarkan oleh sesebuah kapal, ia menunjukkan bahawa ada penyelam di dalam air dan memberi isyarat kepada kapal lain supaya jangan dekat dan berlayar secara perlahan.

Berikut adalah Bendera Isyarat Maritim Antarabangsa bermula dari A hingga Z.

Alfa
"Ada penyelam dalam air, jauhkan diri dan berlayar perlahan."

Bravo
"Kami sedang memasukkan, atau mengeluarkan, atau mengangkut bahan berbahaya." (Asalnya digunakan oleh Tentera Laut Diraja khususnya untuk bahan letupan tentera.)

Charlie
"Sudah tentu."

Delta
"Jauhkan diri, kami mengalami kesukaran mengemudi kapal."

Echo
"Kami mengubah haluan ke kanan."

Foxtrot
"Kapal ini hilang upaya; berhubung dengan kami." (Jika dikibarkan oleh kapal induk pesawat udara; Amaran; operasi penerbangan sedang dijalankan.")

Golf
"Kami memerlukan malim."
Apabila dikibarkan oleh kapal perikanan yang dekat dengan kawasan perikanan, ertinya: "Kami sedang menarik jaring."

Hotel
"Ada malim dalam kapal."

India
"Kami mengubah haluan ke kiri."

Juliet
"Kapal ini terbakar dan mengangkut barang muatan berbahaya: jauhkan diri," atau "Kami kebocoran barang muatan berbahaya."

Kilo
"Kami hendak berhubung dengan anda." 

Lima
Di pelabuhan, "Kapal ini sedang dikuanratin."
Di laut, "Tolong hentikan kapal dengan segera."

Mike
"Kapal ini terhenti dan tidak dapat berjalan merentasi air."

November
"Tidak."

Oscar
"Orang jatuh laut."
Jika diterbalikkan, menjadi bendera semafor.

Papa
Blue Peter.
Di pelabuhan: Semua anak kapal mesti kembali ke dalam kapal kerana kapal akan berlayar.
Di laut: Boleh digunakan oleh kapal perikanan untuk menyatakan: "Jaring kami terkena hambatan dalam laut."

Quebec
"Kapal dalam keadaan bersih"

Romeo
"Kapal ini tidak bergerak."

Sierra
"Kapal ini sedang bergerak mengundur."

Tango
"Jauhkan diri; pukat tunda berpasang sedang digunakan."

Uniform
"Anda sedang menuju ke kawasan bahaya."

Victor
"Kami memerlukan bantuan."

Whiskey
"Bantuan perubatan diperlukan."

Xray
"Tolong hentikan rancangan anda dan nantikan isyarat kami."

Yankee
"Kami sedang menyeret sauh."

Zulu
"Kapal tunda diperlukan."
Jika dikibaran oleh kapal perikanan yang berdekatan dengan kawasan perikanan, ertinya: "Jaring sedang dilepaskan."
Dikuasakan oleh Blogger.