Permohonan Askar Wataniah


Permohonan Askar Wataniah

Rejimen Askar Wataniah merupakan Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara.

Rejimen Askara Wataniah adalah pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran.

Keanggotaan Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan Kemahiran.

Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia di masa lapang.

Syarat-Syarat Penyertaan

Bagi individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (lain-lain pangkat) atau pegawai mestilah memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:


  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
  • Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).


Dokumen Yang Diperlukan

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:


  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin)
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport
  • Salinan Sijil-Sijil Akademik / Tamat Sekolah


Cara Memohon

Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan Askar Wataniah yang berhampiran di tempat anda. Lokasi-lokasi yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Rejimen 501 Askar Wataniah
Kem Tebrau
80990 Johor Bharu
Johor
Tel: 07-3541088

Rejimen 502 Askar Wataniah
Kem Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
Selangor
Tel: 03-61565688

Rejimen 503 Askar Wataniah
Kem Jalan Tambun
30350 Ipoh
Perak
Tel: 05-2549342

Rejimen 504 Askar Wataniah
Kem Bukit Keteri
02450 Kangar
Perlis
Tel: 04-9382024

Rejimen 505 Askar Wataniah
Kem Teluk Sisik
25050 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5674229

Rejimen 506 Askar Wataniah
Kem Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-7738800

Rejimen 507 Askar Wataniah
Kem Bukit Perwira
P.0.Box 11608
88817 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-212620/628

Rejimen 508 Askar Wataniah
Kem Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7623411

Rejimen 509 Askar Wataniah
Kem Lebuh Raya Peel
10350 Pulau Pinang
Tel: 04-2297001

Rejimen 510 Askar Wataniah
Kem Sri Rajang
96000 Sibu
Sarawak
Tel: 084-333933

Rejimen 511 Askar Wataniah
Kem Ria Kompleks
93677 Kuching
Sarawak
Tel: 082-621300

Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin
21400 Kuala Berang
Terengganu
Tel: 09-6191644/645

Rejimen 513 Askar Wataniah
Kem Jalan Kolam Air
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel: 04-4203102

Rejimen 514 Askar Wataniah
Kem Bukit Beruang
75450 Melaka
Tel: 06-2332123/2130

Rejimen 515 Askar Wataniah
Kem Jalan Ampang
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-42567133

Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Kukusan
91000 Tawau
Sabah
Tel: 089-772771

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

Tel: 03-26921333 Sambungan 332 / 283 / 2281 / 330 / 3346 / 4401 / 2306
Faks: 03-26989235
Dikuasakan oleh Blogger.