Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti


Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti

Bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti. Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti dibuka sepanjang tahun. Lazimnya pengambilan pelajar adalah pada bulan Mac, Julai dan November setiap tahun.

Anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti secara online menerusi portal rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK). Anda tidak perlu membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana akses permohonan Kolej Komuniti hanya menerusi portal Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

Cara Untuk Memohon

Terdapat 3 kaedah untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti. Anda boleh memilih mana-mana satu kaedah tersebut.

1. Permohonan Secara Online (e-Pengambilan)

Untuk membuat permohonan secara online anda boleh layari Portal JPKK

2. Hadir Ke Kolej Komuniti (Walk-In)

Anda juga boleh hadir ke Kolej Komuniti untuk memohon. Terdapat 94 buah Kolej Komuniti yang beroperasi di seluruh Malaysia.

3. Permohonan Melalui UPU

Iklan kemasukan biasanya dikeluarkan dalam akhbar pada awal tahun. Tempoh membuat permohonan bermula dari bulan Januari hingga April. Pemohon perlu membeli nombor pin terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum melayari upu.mohe.gov.my

Semakan Keputusan Permohonan

1. Laman UPU dan JPKK
2. Talian bebas tol: 1800 88 7755
3. Hubungi kolej komuniti yang berdekatan dan senarai kolej komuniti boleh diperolehi menerusi JPKK
Dikuasakan oleh Blogger.