Tarikh Pembayaran BR1M 2017


Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Umum sedia maklum bahawa di dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diteruskan lagi pada tahun 2017 dengan kadar bantuan dinaikkan bagi semua kategori. Berdasarkan jadual yang telah dikeluarkan, pembayaran BR1M 2017 akan bermula pada awal tahun 2017 secara ansuran sebanyak 3 kali kecuali bagi kategori individu bujang yang hanya akan dibuat dengan sekali bayaran sahaja.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bawah RM1,000)
Jumlah Bantuan RM1,200
Ansuran Pertama: RM400 (Februari 2017)
Ansuran Kedua: RM400 (Jun 2017)
Ansuran Ketiga: RM400 (Ogos 2017)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3,000
Jumlah Bantuan RM1,200
Ansuran Pertama: RM400 (Februari 2017)
Ansuran Kedua: RM400 (Jun 2017)
Ansuran Ketiga: RM400 (Ogos 2017)

3. Kategori Pendapatan RM3,000 Hingga RM4,000
Jumlah Bantuan RM900
Ansuran Pertama: RM300 (Februari 2017)
Ansuran Kedua: RM300 (Jun 2017)
Ansuran Ketiga: RM300 (Ogos 2017)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,000
Jumlah Bantuan RM450
RM450 (Februari 2017)

Cara Pembayaran

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang mengisi maklumat akaun bank semasa memohon.

2. Baucer

Penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucer BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my

0 comment... add one now