Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat 18 peringkat pangkat dan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis dan kumpulan Pegawai Rendah Polis. Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor Percubaan sehingga Inspektor Jeneral Polis manakala bagi kumpulan Pegawai Rendah Polis pula bermula dari pangkat Konstabel sehingga Sub Inspektor.

Pangkat tertinggi di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia adalah Inspektor Jeneral Polis (IGP). Penyandang pangkat Inspektor Jeneral Polis adalah Ketua Polis Negara (KPN). Pangkat Inspektor Jeneral Polis setaraf dengan pangkat Jeneral dan Laksamana empat bintang. Pangkat paling rendah di dalam perkidmatan Polis Diraja Malaysia adalah Konstabel. Bagi pangkat konstabel tiada lencana atau tanda pangkat.

Biasanya pangkat pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia boleh dilihat pada uniform yang dipakai oleh mereka. Untuk pengetahuan semua berikut adalah susunan tanda pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. Susunan pangkat tersebut adalah yang terkini yang diguna pakai oleh Polis Diraja Malaysia.

PEGAWAI KANAN POLIS

Inspektor Jeneral Polis
(IGP)

Deputi Inspektor Jeneral Polis
(DIGP)

Komisioner Polis
(CP)

Senior Deputi Komisioner Polis
(SDCP)

Deputi Komisioner Polis
(DCP)

Senior Asisten Komisioner Polis
(SACP)

Asisten Komisioner Polis
(ACP)

Superintenden Polis
(SP)

Deputi Superintenden Polis
(DSP)

Asisten Superintenden Polis
(ASP)

Inspektor
(INSP)

Inspektor Percubaan
(P/INSP)

PEGAWAI RENDAH POLIS

Sub Inspektor
(S/INSP)

Sarjan Mejar
(SJN/M)

Sarjan
(SJN)

Koperal
(KPL)

Lans Koperal
(L/KPL)

Konstabel
(KONST)
Dikuasakan oleh Blogger.