Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM)


Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM)

Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) mempunyai beberapa peringkat dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai dan Lain-lain Pangkat. Pangkat bagi kumpulan Pegawai terbahagi kepada beberapa kategori seperti Pemerintah Tertinggi (Fil Marsyal), Pegawai Tinggi (Brigedier Jeneral hingga Jeneral), Pegawai Kanan (Mejar hingga Kolonel), Pegawai Muda (Leftenan Muda hingga Kapten), dan Pegawai Kadet.

Pangkat Fil Marsyal dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera layak mendapat pangkat tertinggi lima bintang dalam Tentera Darat Malaysia ini.

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Darat Malaysia ialah Panglima Tentera Darat (PTD) yang berpangkat Jeneral. Jeneral ialah pangkat Tentera Darat Malaysia empat bintang dan ianya setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang yang lain seperti Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagi kumpulan Lain-lain Pangkat pula Pegawai Waran (Pegawai Waran I dan Pegawai Waran II), dan Pegawai Tanpa Tauliah (Rekrut hingga Staff Sarjan). Berikut adalah senarai peringkat pangkat dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Fil Marsyal

Jeneral

Leftenan Jeneral

Mejar Jeneral

Brigedier Jeneral

Kolonel

Leftenan Kolonel

Mejar

Kapten

Leftenan

Leftenan Muda

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Staf Sarjan

Sarjan

Koperal

Lans Koperal

0 comment... add one now