Program Yang Ditawarkan Di ASWARA


Program Yang Ditawarkan Di ASWARA

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan. ASWARA menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik serta khidmat nasihat profesional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan melahirkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya di samping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan performers yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

ASWARA menawarkan pelbagai program pengajian dan program pengajian yang ditawarkan adalah di pelbagai peringkat seperti di peringkat sijil, diploma dan juga ijazah sarjana muda. Bagi mereka yang meminati bidang seni amat sesuai melanjutkan pengajian di ASWARA. Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Pengajian Asasi Seni Kreatif
Asasi Seni Kreatif

Animasi & Multimedia
Diploma Animasi
Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian

Filem & Televisyen
Diploma Filem dan Video
Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)
Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)

Muzik
Diploma Seni Muzik
Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)
Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)
Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)

Penulisan Kreatif
Diploma Penulisan Kreatif
Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)

Teater
Diploma Teater
Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)
Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)
Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)
Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengurusan)

Tari
Diploma Seni Tari
Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)
Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)

Pengurusan Seni & Budaya
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian

Rekaan Komunikasi Visual
Diploma Rekaan Komunikasi Visual
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Persembahan dengan Kepujian
Diploma Seni Halus

Dikuasakan oleh Blogger.