Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Batu Pahat


Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Batu Pahat

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat adalah di antara salah sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang terdapat di seluruh negara. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) merupakan sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM merangkumi ADTEC, JMTI dan juga ILP.

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sijil dan diploma dan program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi ADTEC. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ADTEC, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat.

Senarai Program

Sijil Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal Downstream)
Diploma Teknologi Perindustrian Mekatronik (L4)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Diploma Teknologi Perindustrian Elektronik (L4)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Diploma Teknologi Perindustrian Komputer Rangkaian (L4)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer Rangkaian
Diploma Teknologi Perindustrian Kimpalan (L4)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
Diploma Teknologi Pembuatan Pemesinan (L4)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pemesinan
Diploma Teknologi Pembuatan Perkakasan (L4)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Perkakasan

Dikuasakan oleh Blogger.