Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Kemaman


Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Kemaman

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman adalah di antara salah sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang terdapat di seluruh negara. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) merupakan sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM merangkumi ADTEC, JMTI dan juga ILP.

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sijil dan diploma dan program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi ADTEC. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ADTEC, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman.

Senarai Program

Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
Diploma Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi (Kawalan Proses)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa
Diploma Teknologi Kejuruteraan Binaan
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti

Diploma Teknologi Automotif
Diploma Teknologi Kimpalan
Diploma Teknologi Instrumentasi (Kawalan Proses)
Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
Diploma Teknologi Binaan Sivil & Struktur
Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
Diploma Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

0 comment... add one now