Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Shah Alam


Program Yang Ditawarkan Di ADTEC Shah Alam

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam adalah di antara salah sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang terdapat di seluruh negara. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) merupakan sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM merangkumi ADTEC, JMTI dan juga ILP.

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sijil dan diploma dan program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi ADTEC. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di ADTEC, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.

Senarai Program

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa
Diploma Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pengeluaran Automotif
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automasi & Robotik
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (DKM Tahap 4)
Diploma Teknologi Elektrik Kuasa (DKM Tahap 3 & 4)
Diploma Teknologi Jaminan Kualiti (DKM Tahap 4)
Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (DKM Tahap 4)
Diploma Teknologi Kimpalan (DKM Tahap 4)

Dikuasakan oleh Blogger.