Program Yang Ditawarkan Di IKM Bintulu


Program Yang Ditawarkan Di IKM Bintulu

Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu adalah salah sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh negara. IKM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal usahawan.

Institut Kemahiran MARA Bintulu menawarkan pelbagai program pengajian. Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Bintulu adalah di peringkat sijil dan juga diploma. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Bintulu berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Bintulu.

Senarai Program

Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Struktur
Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
Diploma Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji

Dikuasakan oleh Blogger.