Program Yang Ditawarkan Di IKM Jasin


Program Yang Ditawarkan Di IKM Jasin

Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin adalah salah sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh negara. IKM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal usahawan.

Institut Kemahiran MARA Jasin menawarkan pelbagai program pengajian. Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Jasin adalah di peringkat sijil dan juga diploma. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Jasin berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Jasin.

Senarai Program

Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Jentera Berat)
Sijil Teknologi Kimpalan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri)
Diploma Kompetensi (Pendawai PW4)
Diploma Kompetensi (Penjaga Jentera A4)

Dikuasakan oleh Blogger.