Program Yang Ditawarkan Di IKM Kuala Lumpur


Program Yang Ditawarkan Di IKM Kuala Lumpur

Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur adalah salah sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh negara. IKM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal usahawan.

Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur menawarkan pelbagai program pengajian. Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur adalah di peringkat sijil dan juga diploma. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur.

Senarai Program

Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
Sijil Teknologi Fabrikasi Logam
Diploma Teknologi Lukisan Rekabentuk (Mekanikal)
Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara
Diploma Kompetensi Elektrik Pendawaian PW4
Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera A4)
Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera A1)

Dikuasakan oleh Blogger.