Program Yang Ditawarkan Di IKM Kuching


Program Yang Ditawarkan Di IKM Kuching

Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching adalah salah sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) yang terdapat di seluruh negara. IKM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal usahawan.

Institut Kemahiran MARA Kuching menawarkan pelbagai program pengajian. Program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Kuching adalah di peringkat sijil dan juga diploma. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Kuching berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Kuching.

Senarai Program

Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan
Sijil Teknologi Kimpalan
Sijil Teknologi Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin
Sijil Teknologi Bekalan Air dan Pembentungan
Diploma Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4)
Diploma Teknologi Automotif (4WD)

0 comment... add one now