Program Yang Ditawarkan Di ILP Jitra


Program Yang Ditawarkan Di ILP Jitra

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Jitra menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Jitra adalah seperti berikut:

Senarai Program

Teknologi Plastik
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektrik (3 Fasa)
Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
Teknologi Automotif
Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

Dikuasakan oleh Blogger.