Program Yang Ditawarkan Di ILP Kota Kinabalu


Program Yang Ditawarkan Di ILP Kota Kinabalu

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Teknologi Elektrik
Sijil Teknologi Automotif
Sijil Teknologi CADD Mekanikal
Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)
Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Instrumentasi)
Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal)

Dikuasakan oleh Blogger.