Program Yang Ditawarkan Di ILP Kuantan


Program Yang Ditawarkan Di ILP Kuantan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Kuantan menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kuantan adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
Sijil Teknologi Kimpalan
Sijil Teknologi Fabrikasi Logam
Sijil Teknologi Senibina
Sijil Teknologi Elektrik
Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan)

0 comment... add one now