Program Yang Ditawarkan Di ILP Labuan


Program Yang Ditawarkan Di ILP Labuan

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Labuan menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Labuan adalah seperti berikut:

Senarai Program

Teknologi Kimpalan
Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
Teknologi Minyak & Gas
Teknologi Elektrik
Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
Teknologi Komputer Sistem
Teknologi Binaan (Bangunan)
Teknologi Binaan (Paip & Sanitari)

0 comment... add one now