Program Yang Ditawarkan Di ILP Mersing


Program Yang Ditawarkan Di ILP Mersing

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Mersing menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Mersing adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Teknologi Automotif
Sijil Teknologi Elektrik
Sijil Teknologi Kimpalan
Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Diploma Teknologi Komunikasi

Dikuasakan oleh Blogger.