Program Yang Ditawarkan Di ILP Tangkak


Program Yang Ditawarkan Di ILP Tangkak

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak adalah salah sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di seluruh negara. Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah institut latihan yang diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi sektor perindustrian di Malaysia. ILP adalah sebahagian daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan ADTEC.

Institut Latihan Perindustrian menawarkan program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan dan juga Diploma. Institut Latihan Perindustrian Tangkak menawarkan pelbagai program pengajian. Di antara program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Tangkak adalah seperti berikut:

Senarai Program

Sijil Teknologi Polimer (Plastik)
Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan Acuan Pembentuk
Sijil Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
Sijil Teknologi Fabrikasi Logam
Sijil Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
Sijil Teknologi Mekatronik
Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)

0 comment... add one now