Program Yang Ditawarkan Di MARA Japan Industrial Institute (MJII)


Program Yang Ditawarkan Di MARA Japan Industrial Institute (MJII)

MARA Japan Industrial Institute (MJII) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang merupakan sebuah kolej kemahiran tinggi di bawah pengurusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. MJII mempunyai kelainan berbanding pusat-pusat lain di mana program yang dilaksanakan adalah bertaraf kejuruteraan dengan memfokuskan kepada teknologi terkini.

Bahasa Jepun diperkenalkan dalam silibus sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Inggeris. Program pengajian yang ditawarkan di MARA Japan Industrial Institute adalah di peringkat diploma. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di MARA Japan Industrial Institute, untuk rujukan berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan di MARA Japan Industrial Institute.

Senarai Program

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik & Automasi)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik & Kawalan)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Sistem Terbenam)

Dikuasakan oleh Blogger.