Resepi Coconut Shake Sedap


Resepi Coconut Shake Sedap

Dalam keadaaan cuaca yang panas sudah pasti tekak terasa dahaga, kalau dapat minum minuman yang sejuk pasti rasa sangat puas. Adakah anda penggemar air kelapa?  Panas-panas begini kalau dapat minum minuman coconut shake pasti boleh hilangkan dahaga, rasa segar air kelapa dan lemak manis vanilla masuk ke dalam tekak, perghhh sedap gila!

Jika sebelum ini biasanya anda beli minuman cocunut shake di gerai minuman. apa kata anda cuba buat sendiri di rumah, cukup mudah buat minuman coconut shake dan kelebihan buat sendiri anda boleh buat mengikut kehendak dan citara anda sendiri samada nak letak ais krim vanilla banyak-banyak atau tambah bahan-bahan yang lain.

Bahan-Bahan

Air kelapa muda
Isi buah kelapa muda
Air Gula
Ais
Ais Krim Vanilla

Cara Menyediakan

1. Masukkan semua bahan-bahan, air kelapa muda, isi kelapa muda, ais krim vanilla dan ketulan ais ke dalam blender.
2. Masukkan juga air secukup rasa.
3. Kemudian Blend sehingga sebati.
4. Siapa sedia untuk dihidang dan dinikmati

0 comment... add one now