Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Batu Pahat


Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Batu Pahat

GIATMARA Batu Pahat adalah di antara salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA yang terdapat di seluruh negara. Dan boleh dikatakan di seluruh negeri di Malaysia mempunyai Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan juga Sarawak.

GIATMARA ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di GIATMARA, untuk rujukan berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di GIATMARA Batu Pahat.

Senarai Kursus

Pendawai Elektrik (PW2)
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Fasa Satu
Teknologi Sistem Komputer (SKM 3)

Dikuasakan oleh Blogger.