Program Ijazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


Program Ijazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan salah sebuah universiti awam di Malaysia. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia diwujudkan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai ijazah kelas pertama. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menawarkan pelbagai program pengajian di pelbagai peringkat.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengambil 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diberi elaun dan lain-lain bantuan seperti pakaian, makan dan minum. Namun Pegawai Kadet tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 serta perlu menjalani Latihan Ketenteraan semasa mengikuti pengajian di UPNM.

Manakala sebagai Pelajar Awam, pelajar akan ditanggung oleh PTPTN (dengan syarat perlu memohon) ataupun penaja kewangan lain seperti MARA, JPA, Kerajaan Negeri dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan pembiaya tersebut. Pelajar Awam tidak menjalani Latihan Ketenteraan tetapi perlu mematuhi kehidupan berdisiplin semasa berada di UPNM.

Pelbagai program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Untuk rujukan mereka yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berikut adalah senarai program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Perubatan & Kesihatan Pertahanan
Sarjana Muda Doktor Perubatan

Kejuruteraan
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)
Sarjana Muda Penerbangan

Sains & Teknologi Pertahanan
Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data (Kepujian)
Sarjana Muda Sains Maritim
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim

Pengajian & Pengurusan Pertahanan
Sarjana Muda Pengajian Strategi
Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan

Bahasa
Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya)

Dikuasakan oleh Blogger.